Pendapat

Mereka yang beruntung…

Subuh berjemaah adalah orang paling beruntung

PELBAGAI jenis berita dan coretan peristiwa sama ada dalam dan luar negara terus berdegar-degar dipaparkan di media cetak dan media elektronik.

Tanpa tujuan yang jelas, jari jemari yang sepuluh bergerak pantas ke sana ke mari bagi mengikuti perkembangan berita dan hiburan sehingga terlelap bersama gajet yang melekat di tangan.

Alhasilnya mungkin, masih banyak ruangan yang kosong di masjid di waktu Subuh tatkala negara berada di fasa pemulihan akibat wabak COVID-19.

Saya berkeyakinan bahawa mereka yang istiqomah ke masjid terutamanya dengan Subuh berjemaah adalah di antara orang yang paling beruntung.

Mereka tekun menyahut seruan dan janji Allah dan rasulnya serta gigih mengejar kebahagiaan yang hakiki kelak yang jarang dibicarakan dalam perbualan harian kita.

Kita semua dijanjikan Rasullullah dengan sabdanya, “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid pada waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Mari bersama kita subur dan budayakan dengan Subuh berjemaah bermula dengan kanak-kanak dan remaja serta generasi muda dalam masyarakat kita.

Jadikan budaya ini sebagai norma-norma atau kelaziman baharu yang hebat dan bakal membahagiakan kita semua.

Semoga kehidupan kita yang sementara ini akan berakhir dengan penghujung yang membahagiakan kita buat selama-lamanya.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button