Berita Utama

Cuaca buruk di kebanyakan negeri mulai esok

Hujan lebat, angin kencang pada petang hingga awal malam

BANGI, 23 Rabiulawal 1444H, Khamis – Hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri Semenanjung bermula esok sehingga 23 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan itu berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan Semenanjung dalam tempoh 21 hingga 23 Oktober ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web MetMalaysia di www.met.gov.my dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini serta sahih.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button