Dunia

Sekatan Israel sebabkan pelarian Palestin di Gaza kurang makanan

Tindakan AS hentikan dana UNRWA jejaskan nasib pelarian Palestin

GAZA, 29 Syawal 1441H, Ahad – Kira-kira sejuta pelarian Palestin di Gaza menghadapi kekurangan makanan berikutan sekatan berterusan rejim pengganas Israel, selain masalah kekurangan dana global agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Menurut pertubuhan kebajikan Gaza, Jamal al-Khoudary, kekurangan sokongan dari penderma telah memberi kesan buruk terhadap pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Baitulmaqdis dan negara Arab lain. 

Beliau dalam kenyataan sempena Hari Pelarian Sedunia berkata, keputusan Amerika Syarikat (AS) menghentikan dana yang dianggarkan AS$360 juta (RM1.5 bilion) setiap tahun, untuk Agensi Kerja dan Bantuan Pelarian Palestin (UNRWA) dua tahun lalu telah mempengaruhi operasi agensi berkenaan. 

Lebih buruk lagi, katanya, sekatan Israel di Gaza sejak tahun 2006 telah menyebabkan tahap kemiskinan dan pengangguran yang tinggi di kawasan terkepung itu. 

Hari Pelarian Sedunia disambut secara global pada 20 Jun dan memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan berjuta-juta pelarian di seluruh dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close