Berita Utama

KPT perkenal Menu Siswa Rahmah harga RM3.50

Universiti sediakan token kepada mahasiswa yang layak

BANGI, 23 Syaaban 1444H, Khamis – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Menu Siswa Rahmah dengan hidangan harga RM3.50 di 20 universiti awam serta semua politeknik seluruh negara.

Menterinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif berkenaan mampu memberi manfaat kepada 320,000 mahasiswa daripada B40.

“KPT sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar miskin terutama golongan B40 supaya mereka tidak terjejas dalam melanjutkan pengajian hanya kerana kesusahan dan keperitan hidup.

“Hari ini saya ingin menyatakan KPT sudah mendapat komitmen penyertaan daripada semua 20 UA dan politeknik, membabitkan sebanyak 235 gerai yang menawarkan makanan pada harga RM3.50.

“Langkah berkenaan diyakini mampu membantu menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Tambah Mohamed Khaled, Menu Siswa Rahmah berjaya disediakan berikutan pihak UA tidak mengenakan kos penyewaan gerai kepada peniaga, membabitkan kos RM3 juta setahun di UA dan RM700,000 setahun di politeknik.

“Untuk membezakan mahasiswa yang layak membeli Menu Siswa Rahmah, pihak UA dan politeknik menyediakan token kepada mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button