Dunia

India: Lelaki Hindu ditangkap serang muslim minum air di kuil

Video perbuatan suspek pukul mangsa tular di media sosial

NEW DELHI, 28 Rejab 1442H, Sabtu – Seorang lelaki Hindu ditangkap pada Sabtu kerana menyerang budak lelaki beragama Islam yang minum air di sebuah kuil di bandar berhampiran New Delhi. 

Serangan itu berlaku di Ghaziabad, sebuah bandar di negeri utara Uttar Pradesh, sekitar 33 kilometer dari ibu negara. 

Tertuduh, Shringi Nandan Yadav ditangkap setelah video serangan kejamnya tersebar di media sosial. 

Video itu memaparkan perbuatan Yadav memukul mangsa dikenali sebagai Asif tanpa belas kasihan. 

“Kita telah menangkap pelaku setelah video itu menjadi tular di media sosial. Kami sedang menyiasat untuk mengenal pasti alasan suspek di atas perbuatannya itu,” kata Jurucakap Polis Ghaziabad, Varun Kumar. 

Keganasan terhadap umat Islam dan masyarakat minoriti lain semakin kerap berlaku di India sejak Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi berkuasa pada tahun 2014. 

Menurut Human Right Watch (HRW), serangan berterusan terhadap kaum minoriti terutama umat Islam, bahkan pihak berkuasa juga tidak mengambil tindakan ke atas pemimpin BJP yang menghina serta melakukan keganasan ke atas orang muslim di negara itu. 

Siri serangan mengejutkan adalah keganasan yang meletus di New Delhi pada Februari lalu. 

Sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh – majoriti beragama Islam – dan lebih 200 cedera serta harta benda musnah dalam serangan yang disasarkan oleh perusuh Hindu, menurut HRW. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button