Berita Utama

2 lelaki Rohingya ditahan terbabit sindiket pemerdagangan manusia

12 pendatang asing ditahan tinggal tanpa dokumen perjalanan sah

ALOR SETAR, 30 Syawal 1441H, Isnin – Polis menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai terbabit dengan sindiket pemerdagangan manusia, dalam serbuan di Kampung Alor Mengkudu, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, SAC Sapii Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu beberapa buah rumah di kawasan kampung berkenaan pada jam 10.30 malam dan menahan 14 pendatang tanpa izin pelbagai warganegara.

“Hasil serbuan mendapati semua rumah yang diserbu itu, dihuni warga Rohingya, Bangladesh dan Indonesia, yang semuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kita menahan 10 lelaki dan dua wanita Rohingya, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia.

“Dua lelaki Rohingya berumur 30-an yang ditahan mengaku sebagai tekong dan membawa masuk pendatang asing ke negara ini, akan disiasat di bawah Seksyen 26 (A) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sapii berkata, 12 lagi pendatang asing yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tinggal tanpa dokumen perjalanan yang sah. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close