Berita Utama

COVID-19: Kluster Pedas catat 316 kes positif

957 saringan dijalan libat 844 kontak tempat kerja, 113 ahli keluarga

PUTRAJAYA, 30 Syawal 1441H, Isnin – Kes positif COVID-19 bagi Kluster Pedas mencatatkan 316 kes daripada 957 saringan yang terdiri daripada 844 kontak di tempat kerja dan 113 ahli keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif bagi kluster tersebut melibatkan 14 kes warga Malaysia dan 302 kes lagi bukan warganegara.

“Bagi bukan warganegara, 163 kes warga Nepal; 67 kes warga Bangladesh; 35 kes warga Myanmar; 31 kes warga Indonesia; empat warga India; satu kes warga Vietnam; dan satu kes warga Kemboja.

“Kluster ini telah bermula dalam kalangan pekerja warga Malaysia dan kemudiannya berjangkit serta menular kalangan pekerja bukan warganegara. Situasi tempat kediaman yang sesak dan sempit bagi golongan bukan warganegara sememangnya merupakan faktor utama penularan dalam kalangan mereka,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, pekerja yang terlibat diasingkan di pusat kuarantin dan tidak memberi risiko kepada umum.

Dr Noor Hisham berkata 12 kes positif baharu kluster ini dikesan hasil daripada saringan COVID-19 yang kelima dalam tempoh mereka di pusat kuarantin. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close