Berita UtamaDuniaIstimewa

Arab Saudi, India buka semula pejabat kedutaan di Afghanistan

Sambut baik keputusan kerana mampu eratkan hubungan antara negara

KABUL, 26 Rabiulakhir 1443H, RabuKerajaan Arab Saudi menghantar 14 pegawai ke Afghanistan dan berhasrat untuk membuka semula kedutaannya di wilayah itu, tidak lama lagi.

Kemeterian Luar Afghanistan menerusi kenyataan memaklumkan, kesemua diplomat tiba pada 30 November lalu dan bersedia berkhidmat semula di negara itu.

Langkah berkenaan disambut baik dan kementerian luar Afgahanistan yakin pembukaan semula pejabat kedutaan Arab Saudi di Kabul bakal memberi manfaat kepada rakyat, selain mengeratkan hubungan dua hala yang baik antara negara.

Pada masa sama, akhbar Hindu melaporkan negaranya juga bersedia untuk membuka semula kedutaan India di negara pimpinan Taliban.

Menerusi laporan berkenaan, India memaklumkan pejabat kedutaan India di Kabul tidak mengalami kerosakan sejak Taliban mengambil alih negara berikutan kawalan keselamatan yang ketat ke atas pejabat kedutaan.

Hampir semua pejabat kedutaan asing ditutup selepas kerajaan itu tumbang dan Taliban mengambil alih pentadbiran, Ogos lalu.

Terdahulu, Jerman juga mengumumkan akan membuka semula kedutaan di Kabul, dalam masa terdekat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button