Berita UtamaIstimewa

Hancur agama bila cauvinis bersuara

Orang DAP tak baca Quran ke apa?

BANGI, 30 Syawal 1441H, Isnin – Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin DAP yang memberi gambaran salah berkenaan agama Islam dan al-Quran.

Beliau berkata, ‘hancur’ jadinya bila mana orang tidak memahami isi kandungan al-Quran bercakap tentang agama.

“Orang DAP kalau cakap pasal agama, memang hancur. Quran penuh dengan janji buruk dan baik berdasarkan agama. Tak baca Quran ke apa?,” soalnya menerusi Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan dimuat naik Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim pada 19 Jun lalu yang mengkritik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa amalan orang yang tidak beriman akan ditolak pada Hari Kiamat.

“Termasuk menipu atas nama agama? Dan saya pula berpegang dengan konsep tuhan tidak akan menilai amalan seseorang melalui bangsa dan agama mereka. Jadi jangan sibuk buat kerja tuhan,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata, PAS berpegang dengan konsep sejahat-jahat seorang muslim yang beriman diterima taubatnya oleh Allah SWT, manakala sebaik-sebaik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada Hari Kiamat nanti.

Katanya, PAS yang berakidah Islam mengikuti gerakan politik yang dinamik, bukan parti yang jumud dan sempit fikirannya.

“Hala tuju PAS tidak hanyut disebabkan oleh arus dan gelombang dalam mengharungi perjuangannya. PAS tetap matang dalam berpolitik dan mampu membaca perkembangan manusia yang boleh berubah kerana berada di alam yang boleh berlakunya perubahan.

“Prinsip istiqamah bersama Islam menjadikan PAS tidak menipu dan tidak boleh ditipu, kerana menipu itu haram dan ditipu itu bodoh,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close