Berita UtamaDunia

Korea Selatan sedang alami gelombang kedua COVID-19

17 jangkitan baru direkodkan, libatkan lokasi berlainan

SEOUL, 30 Syawal 1441H, Isnin – Pegawai kesihatan di Korea Selatan berpendapat bahawa negara itu sedang mengalami gelombang coronavirus kedua, walaupun mencatat jumlah relatif yang rendah.

Ketua Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Dr Jeong Eun-kyeong berkata, gelombang pertama berlangsung hingga April.

Namun sejak Mei, kelompok kes baru telah berkembang, termasuk wabak di kelab malam di ibu kota, Seoul.

Di antara tempoh tersebut, kes yang disahkan setiap hari telah menurun dari hampir 1,000 menjadi sifar jangkitan yang telah dicatatkan selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan pada hari ini mengatakan bahawa selama 24 jam terakhir, 17 jangkitan baru telah direkodkan, dari kelompok yang berlainan di pejabat dan gudang besar.

Dr Jeong mengatakan kebangkitan baru-baru ini menyebabkan beliau membuat kesimpulan bahawa negara itu berada dalam gelombang virus kedua, dan dia berharap ia akan berlanjutan.

Hingga kini, KCDC mengatakan bahawa gelombang pertama Korea Selatan tidak pernah berakhir.

Tetapi. Dr Jeong berkata, sekarang jelas bahawa hujung minggu percutian pada awal Mei menandakan permulaan gelombang jangkitan baru yang tertumpu di wilayah Seoul yang lebih besar, yang sebelumnya hanya mencatat beberapa kes.

Sebelum ini, Korea Selatan telah berjaya menghindari perintah berkurung dan sebaliknya bergantung pada langkah-langkah penjarakan sosial secara sukarela di samping strategi, jejak dan ujian agresif untuk memerangi virus tersebut.

Seramai 280 orang telah meninggal dunia sejak negara itu melaporkan kes pertama pada 20 Januari. 

Secara keseluruhan, lebih daripada 12,000 jangkitan telah direkodkan dan pada masa ini masih terdapat 1,277 kes aktif di negara ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close