Berita Utama

Labu seberat 411.6 kg menang pertandingan di Taipei

Pemenang bawa pulang hadiah bernilai RM12,884

TAIPEI, 30 Syawal 1441H, Isnin – Sebiji labu seberat 411.6 kilogram, ditanam seorang petani dari Daerah Tamsui, diumum menang tipis dalam pertandingan tahunan labu gergasi di New Taipei pada Ahad.

Menurut laporan agensi berita pusat (CNA) Taiwan, petani Lin Chien-hsun, membawa pulang hadiah bernilai AS$3,011 (RM12,884) selepas memenangi pertandingan itu, anjuran Persatuan Petani Daerah Tamsui.

Tempat kedua dimenangi petani dari Taoyuan, apabila labu miliknya hanya kurang enam kilogram berbanding Lin.

Lin memberitahu wartawan, beliau mempunyai labu lebih besar yang dirancang untuk dibawa ke pertandingan itu, malangnya ia pecah disebabkan hujan lebat.

Tiga tahun sebelum ini, berat labu yang memenangi pertandingan itu melebihi 500 kg, masing-masing 520.8 kg, 555 kg dan 541.8 kg. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button