Berita Utama

Pindah jika air meningkat, Sultan Johor zahir kebimbangan

Baginda pantau rapi situasi banjir, nasihat rakyat berhati-hati

BANGI, 30 Syawal 1441H, Isnin – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya sentiasa berhati-hati dan segera berpindah jika paras air mula meningkat. 

Memantau rapi situasi banjir yang melanda beberapa daerah di Johor, baginda bertitah, kerajaan negeri menerusi agensi berkaitan perlu memastikan mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mendapat keselesaan serta kemudahan secukupnya. 

Sultan Ibrahim juga berharap pihak berkuasa serta agensi berkaitan membuat persediaan yang secukupnya dalam menghadapi bencana banjir. 

“Saya sentiasa mengikuti serta memantau rapi situasi banjir yang melanda beberapa daerah di negeri Johor ketika ini.

“Saya berharap Jabatan Kesihatan Johor mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan ujian saringan kesihatan di setiap PPS bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19,” titah baginda dalam kenyataan Royal Press Office, hari ini. 

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima daerah negeri berkenaan meningkat kepada 941 orang merangkumi 227 keluarga berbanding 915 daripada 222 keluarga malam tadi. 

Pertambahan mangsa membabitkan daerah Muar, Pontian dan Batu Pahat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button