Berita UtamaDunia

Ribuan penunjuk perasaan bantah cara Belanda tangani COVID-19

Himpunan tegang selepas peminat bola sepak bertempur dengan polis

THE HAGUE, 30 Syawal 1441H, Isnin – Polis menahan hampir 400 penunjuk perasaan semalam apabila enggan bersurai selepas menyuarakan bantahan menentang polisi kerajaan berkaitan COVID-19.

“Kami telah menahan sekitar 400 orang hari ini. Sebilangan besar dari mereka telah dilepaskan,” kata polis di Twitter.

Sebelum ini, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di kawasan Malieveld di The Hague, berhampiran dengan pusat kerajaan Belanda, walaupun demonstrasi itu dilarang oleh majlis perbandaran.

Datuk Bandar, Johan Remkes, pada mulanya melarang tunjuk perasaan diadakan, tetapi kemudian bersetuju membenarkannya tetapi dalam masa yang terhad.

Tunjuk perasaan berlaku dengan aman sehingga sekumpulan peminat bola sepak bertempur dengan polis berhampiran Central Station sambil membaling batu dan botol.

“Ini tidak ada hubungannya dengan memprotes atau hak kebebasan bersuara.

“Kumpulan ini sengaja mengganggu ketenteraman awam,” kata Remkes dalam satu kenyataan.

Belanda melaksanakan sekatan pergerakan yang sedikit longgar berbanding negara Eropah lain.

Malah, pada 1 Jun lalu hampir semua dibenarkan beroperasi dengan syarat mengamalkan peraturan penjarakan sosial dan maksimum 30 orang dalam satu masa.

Belanda mempunyai 49,593 kes COVID-19 dan 6,000 kematian dengan satu kematian dicatatkan semalam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button