Berita UtamaDunia

5 pelarian Rohingya di kem Cox’s Bazar korban COVID-19

39 yang dijangkiti virus kini dikuarantin di pusat pengasingan

DHAKA, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Seorang lagi pelarian Rohingya di kem yang sesak di Cox’s Bazar, meninggal dunia akibat wabak COVID-19, kata pegawai hari ini.

Dengan kematian terbaru, jumlah kematian akibat virus itu di kalangan masyarakat yang teraniaya di negara Asia Selatan mencapai lima orang, kata Pejabat Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian (RRRC).

“Sehingga Isnin kami menguji sampel 474 Rohingya, termasuk 14 semalam dan mengesahkan 46 kes positif dan lima kematian,” kata Dr Abu Toha MR Bhuiyan dari pejabat komisioner kepada Anadolu Agency.

Sementara itu, sebanyak 32 orang Rohingya telah sembuh.

RRRC berkata, kira-kira 39 anggota masyarakat itu yang dijangkiti virus tersebut dikuarantin di pusat pengasingan di dalam kem.

Sebanyak 2,088 kes virus, termasuk 30 kematian berkaitan virus didaftarkan di Cox’s Bazar – tempat tinggal lebih daripada satu juta pelarian Rohingya yang kebanyakannya melarikan diri dari tindakan kejam tentera di Rakhine Myanmar.

Bangladesh, yang mempunyai populasi lebih dari 165 juta mencatatkan 117,207 jangkitan, termasuk 1,545 kematian hingga kini, menurut Kementerian Kesihatan, menjadikannya negara ke-17 yang paling parah selepas Pakistan dan Arab Saudi.

Susulan peningkatan kes, pihak berkuasa kini membahagikan negara itu kepada tiga zon – merah adalah kawasan berisiko tinggi, kuning (sederhana), dan hijau (berisiko rendah). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close