Berita Utama

Cabar MCA tanding kawasan majoriti Cina, buktikan tak sehaluan dengan DAP

MCA melampau, sanggup ugut keluar BN jika selera rakus tak dilayan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Parti perkauman, MCA perlu membuktikan mereka tidak sehaluan dengan parti tamak haloba, DAP dengan bertanding di kawasan majoriti Cina pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Penerangan BERJASA Pusat, Ustaz Zamani Ibrahim. 

“Dari sekarang MCA perlu mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen mana yang mereka hendak bertanding. PRU15 nanti mari kita uji MCA, tak usah sibuk hendak mengaku kerusi di kawasan majoriti Melayu. 

“Silalah pilih dari sekarang untuk bertanding di kerusi majoriti Cina yang selama ini dimenangi oleh DAP parti tamak haloba.

“Pastikan DUN dan Parlimen itu adalah kawasan majoriti Cina, ini baru betul betul tidak sehaluan dengan DAP,“ katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Zamani berkata, terdapat 41 kawasan Parlimen dan 96 DUN yang mana jumlah itu sudah memadai untuk MCA membuat pilihan.

“Tetapi kenapa Tanjung Malim yang dibisingkan. MCA sebenarnya nak tunjuk kuat dengan UMNO atau DAP.

“Bagi saya MCA parti melampau, sanggup ugut untuk keluar BN kalau selera rakusnya tidak dilayan. 

“Ugutan ini menyebabkan UMNO longgar lutut untuk melangkah kehadapan. MCA mesti hentikan kerja bodoh untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, sudah terbukti MCA adalah parti sampah dari kaca mata bangsanya,” katanya.

Ustaz Zamani turut memberi amaran kepada MCA supaya tidak membuat percubaan untuk menambah kekuatan DAP dengan cara mencari kerusi di kawasan majoriti Melayu. 

“Mereka sedar kerugian besar kepada agenda bangsanya kalau sekiranya MCA bertanding melawan DAP. Ini tidak, sibuk mengisytiharkan hendak bertanding di kawasan majoriti Melayu.

“Sekali lagi saya ingin menegaskan supaya MCA tunjukkan bahawa mereka tidak sehaluan dengan DAP. MCA hendaklah dari sekarang isytiharkan DUN dan Parlimen mana mereka hendak bertanding untuk merebut kerusi dari DAP.

“Saya yakin UMNO dan PAS akan memberikan sokongan padu niat murni MCA tersebut,” katanya.

Terdahulu, MCA Bahagian Tanjung Malim tidak akan beralah dan tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen itu pada PRU-15 akan datang, meskipun peratusan pengundi Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain.

Ketuanya, Goh Choong Seng berkata, mereka akan tetap mengemukakan calon untuk bertanding di Parlimen itu. 

Pada PRU-14 lalu, MCA gagal mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim apabila calonnya, Datuk Dr Mah Hang Soon (Timbalan Presiden MCA) yang menggantikan penyandang, Datuk Seri Ong Ka Chuan tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dengan majoriti 5,358 undi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button