Berita UtamaDunia

COVID-19: Enam lagi doktor Mesir meninggal dunia, keseluruhan 91

55,233 dijangkiti, 2,193 dilaporkan maut sejak wabak menular

KAHERAH, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Enam lagi pakar perubatan di Mesir yang dijangkiti wabak COVID-19 meninggal dunia, lapor Middle East Monitor.

Ia menjadikan jumlah korban di kalangan doktor akibat wabak ‘pembunuh’ itu seramai 91 orang.

Mereka yang meninggal dunia termasuk dua pakar perubatan. Salah satunya bekerja di sebuah hospital di Giza, di Greater Cairo Area, dan yang lainnya di sebuah hospital di wilayah Mesir, Minya.

Mereka juga termasuk pakar bedah Kaherah; pakar obstetrik-ginekologi di hospital Zagazig; dan dua doktor telinga, hidung dan tekak di Kaherah dan Ismailia.

Menurut laman web Worldometer, 55,233 orang telah dijangkiti dan 2,193 meninggal dunia akibat pandemik coronavirus. 

Dalam perkembangan lain, Mesir akan membuka semula lapangan terbangnya serta membenarkan operasi hotel dan resort serta aktiviti di pantai bermula 1 Julai.

Kerajaan Mesir juga turut mengumumkan untuk mengenepikan visa pelancong dari 1 Julai hingga 31 Oktober ini.

Tempat pelancongan lain termasuk piramid di Giza, muzium Mesir di Kaherah dan kuil Karnak Luxor dibuka semula secara berperingkat.

Lebih 200 hotel sudah mendapat kebenaran untuk dibuka semula kepada pelancong setelah melaksanakan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan yang ketat, termasuk menjarakkan meja restoran dan mengehadkan kapasiti lif. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button