Dunia

ICJHR dakwa UAE sorok jumlah tahanan penjara dijangkiti COVID-19

Kes pertama di penjara Abu Dhabi tidak dapat rawatan perubatan

ABU DHABI, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Wabak pandemik COVID-19 terus merebak di penjara Emiriah Arab Bersatu (UAE) – ketika pihak berkuasa didakwa cuba menyembunyikan penularan dan menolak untuk memberikan jumlah kes sebenar tahanan yang dijangkiti.

Dakwaan itu dibuat dalam laporan Pusat Keadilan dan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (ICJHR).  Dua minggu lalu, Human Rights Watch juga memberi amaran mengenai keadaan tidak bersih dan rawatan perubatan yang tidak mencukupi di pusat tahanan terkenal di UAE. 

Laporan ICJHR mendakwa, kerajaan UAE tidak dapat mengawal penularan COVID-19 di penjara kerana gagal melaksanakan langkah pencegahan yang sewajarnya. 

Kesesakan tahanan menjadikan penjarakan sosial sukar dilaksanakan. 

Awal bulan ini, kes pertama COVID-19 yang disahkan di penjara UAE adalah seorang tahanan dari Oman, Abdullah Al-Shamsi yang dilaporkan positif wabak di Penjara Al-Wathba Abu Dhabi. 

Sumber mendakwa, masa tidak diberikan rawatan perubatan walaupun sudah didiagnosis positif COVID-19. 

Menurut International Campaign For Freedom UAE (ICFUAE), beberapa anggota keluarga tahanan tidak dapat berkomunikasi selama berminggu-minggu, bahkan tiada maklumat terkini juga dimaklumkan daripada pihak penjara. 

Berdasarkan data rasmi semasa, terdapat 44,925 kes COVID-19 dilaporkan di UAE. Lebih 300 kes yang dijangkiti telah meninggal dunia.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button