Berita UtamaDunia

Israel rampas tanah Palestin, bina jalan haram untuk penduduk Yahudi

Zionis mahu perluas kedaulatan di beberapa bahagian Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Jalan baru untuk penceroboh Israel sedang dibina secara haram oleh pasukan pendudukan Israel di tanah Palestin di kampung Nahalin, sebelah barat Bethlehem, lapor agensi berita Wafa.

Jalan ini akan menghubungkan dua penempatan haram Yahudi: Beitar Illit dan Modi’in Illit, masing-masing terletak di sebelah barat Bethlehem dan timur Lod (Lydda).

Timbalan Datuk Bandar Nahalin, Hani Fanoun memberitahu Wafa bahawa jentolak dan peralatan tentera Israel mula memperluas jalan pintas itu selebar sepuluh meter dan sepanjang dua kilometer, sehingga merampas tanah Palestin di daerah Ein Fares.

Fanoun berkata, kawasan tanah Palestin yang dirampas dengan tujuan peluasan jalan pintas akan membahagi 3,000 dunam (741 ekar) tanah pertanian Palestin, sehingga menyukarkan petani dan penduduk tempatan untuk pergi ke tanah pertanian mereka.

Katanya, projek pembinaan itu terjadi pada saat yang sukar ketika seluruh wilayah Tebing Barat sekarang terlibat dalam pertempuran untuk mengendalikan penyebaran coronavirus, yang terus menular di wilayah tersebut.

Projek itu dilaksana dua minggu sebelum pelan jahat Israel mengilhakkan wilayah besar di Tebing Barat yang diduduki sebagai sebahagian daripada ‘perjanjian abad ini’ Amerika Syarikat. 

Israel mahu memperluas kedaulatan di beberapa bahagian Tebing Barat – termasuk Lembah Jordan yang sebahagiannya bersempadan dengan Laut Mati. 

Bagaimanapun, seluruh rakyat Palestin telah menyuarakan kemarahan terhadap cadangan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button