Berita UtamaDunia

Jumlah jemaah haji terhad tahun ini

Ibadah haji terbuka untuk mereka yang sudah ada di Arab Saudi

RIYADH, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Arab Saudi membenarkan ibadah haji dilaksanakan, namun dengan jumlah jemaah yang ‘sangat terhad’ untuk tahun ini.

Kementerian haji berkata, ibadah haji terbuka untuk mereka yang sudah ada di Arab Saudi, tetapi tidak menyebutkan jumlah yang dibenarkan.

“Ibadah haji pada tahun ini diputuskan dengan hanya jumlah yang terhad. 

“Ia adalah untuk memastikan ibadah dilaksana dengan selamat dari perspektif kesihatan umum dan menurut ajaran Islam berkaitan dengan keselamatan nyawa,” kata pejabat Saudi Press Agency. 

Keputusan untuk mengehadkan ibadah itu dibuat ketika Arab Saudi berusaha untuk mengatasi peningkatan jangkitan, yang kini meningkat sehingga 161,000 kes dan lebih dari 1,300 kematian.

Setakat ini, masih menimbulkan persoalan berapa jumlah jemaah yang dibenarkan termasuk kriteria yang perlu dipenuhi. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi memberitahu, Kementerian Haji akan mengadakan sidang akhbar pada hari ini untuk merumuskan perinciannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button