Berita UtamaDunia

Singapura umum bubar Parlimen

Presiden setuju Hari Penamaan calon diadakan pada 30 Jun

SINGAPURA, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini menasihatkan presiden republik itu supaya membubarkan Parlimen.

Keputusan beliau untuk mengadakan pilihan raya umum berikutan keadaan di negara itu masih stabil untuk melaksanakannya walaupun masih memerangi wabak COVID-19.

“Pilihan raya sekarang akan memberi kerajaan mandat lima tahun yang baharu untuk fokus pada agenda nasional dan keputusan sukar yang harus dibuat.

“Alternatifnya adalah menunggu pandemik COVID-19 berakhir. Tetapi kami tidak ada jaminan bahawa wabak itu akan berakhir sebelum penggal kerajaan ini berakhir pada bulan April depan,” katanya menerusi siaran di televisyen.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Presiden republik itu, Halimah Yacob bersetuju dengan cadangan bahawa Hari Penamaan calon diadakan pada 30 Jun 2020.

Hari Pengundian pula akan diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button