Berita UtamaDunia

VIDEO l Hujan lebat, ribut di Istanbul

Pengguna jalan raya menjerit terkejut tiupan angin

ISTANBUL, 1 Zulkaedah 1441H, Selasa – Hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan pusat beli-belah Akasya, Istanbul yang beroperasi selama 12 jam.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna Facebook dikenali sebagai Rami Jundi pada 20 minit yang lalu, kedengaran suara pengguna jalan raya menjerit dipercayai terkejut dengan tiupan angin kencang itu.

Video berdurasi 26 saat itu turut merakamkan pokok tumbang susulan hujan lebat serta angin kencang dan bunyi hon kereta.

Turut kelihatan tiga buah kenderaan yang mana dua darinya bergerak perlahan kerana ribut.

Sementara pemandu bagi sebuah lagi kenderaan menghentikan kereta di tengah jalan.

Angin kencang itu juga menyebabkan perkataan ‘s’ di bangunan pusat beli belah Akasya berterbangan dari kedudukan asal.

Waktu kejadian bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close