Berita UtamaDunia

49,009 kes, 2,573 kematian di Indonesia

Provinsi Jawa Timur catat jumlah kematian tertinggi 750 kes

JAKARTA, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 49,000 setelah 1,113 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 38 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan 2,573 kematian.

“Kes positif kini 49,009 manakala sebanyak 13,069 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 750 kes, diikuti provinsi Jakarta (602 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (168) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close