Berita UtamaDunia

73 peratus keluarga Palestin kebulur

COVID-19, lewat bayar gaji, hadkan bantuan di persisiran pantai

BAITULMAQDIS, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Sekurang-kurangnya 73 peratus keluarga di Gaza kebuluran akibat kekejaman dan pengepungan rejim pengganas Israel.

Dalam satu kenyataan Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mezan berkata, jumlah mangsa kebuluran meningkat susulan penularan wabak COVID-19.

Malahan, berlaku juga isu kelewatan pembayaran gaji penjawat awam, aliran tunai yang lemah, selain bantuan kemanusiaan yang hanya dihadkan menerusi kawasan persisiran pantai.

Pada masa sama, ribuan keluarga Gaza kini hidup dalam kemiskinan, malah kualiti dan kuantiti makanan di wilayah itu turut terjejas.

Kumpulan hak asasi itu menyeru masyarakat antabangsa untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Pada masa sama, pihaknya menggesa negara haram Israel menghentikan pengepungan di wilayah yang diduduki itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close