Berita Utama
Anak Mat Sabu dipenjara lapan bulan terbabit kes dadah
Pihak pembelaan gagal timbul keraguan munasabah

KUALA LUMPUR, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, selepas didapati bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka tahun lepas.
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan mengarahkan Ahmad Saiful Islam menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas selesai menjalani hukuman penjara itu. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.