Berita UtamaIstimewa

Kaum Cina ‘celupar’ jangan lupa sejarah diterima sebagai rakyat

Gesa pihak berkuasa segera siasat pemilik Facebook hina Agong

Oleh Athirah Huda Zalhe 

BANGI, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Kaum Cina yang ‘celupar’ menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diingatkan tidak lupa sejarah mereka diterima sebagai rakyat di negara ini. 

Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim berkata, kaum berkenaan diterima sebagai ‘rakyat raja’ apabila diberikan kewarganegaraan dahulu. 

Justeru, beliau memberi amaran supaya berhenti daripada berterusan menghasut sesama kaum terhadap teras negara iaitu Islam, institusi diraja dan bangsa Melayu. 

“Mereka yang menghina Yang di-Pertuan Agong tidak layak untuk menjadi rakyat Malaysia. 

“Sila keluar secara terhormat dari Malaysia, kita tidak memerlukan rakyat yang celupar dan tidak tahu berterima kasih,” katanya. 

Minggu lalu, Ismaweb.net melaporkan tingkah laku netizen Cina di laman sosial Facebook yang tiada rasa hormat apabila mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap Al-Sultan Abdullah. 

Dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang memaparkan berita Agong berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan, telah mengundang komen biadab dalam kalangan pembacanya. 

Segelintir netizen Cina menghina baginda dengan mendakwa Al-Sultan Abdullah hanya berlakon untuk menjadi ‘mesra rakyat’ bahkan menyifatkannya sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk. 

Marah dengan komen biadab itu, Ustaz Omar menggesa pihak berkuasa segera mengesan dan menyiasat individu yang terbabit mengeluarkan kenyataan menghina Agong. 

“Pihak polis mesti segera mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan, termasuk mengenal pasti dan mengumum kepada awam siapa sebenarnya pemilik akaun palsu itu. 

“Sering kali pemilik akaun palsu adalah individu berpengaruh dan ahli politik yang bersifat talam dua muka,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close