Berita Utama

Logikkah BN ‘sedekah’ kerusi kepada MCA untuk kalah?

Tak terima kasih, lagi tuntut tanding kerusi kawasan majoriti Melayu

BANGI, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Parti perkauman, MCA  punca Barisan Nasional (BN) kalah di semua kawasan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), selain gagal mempengaruhi pengundi Cina untuk memilih UMNO. 

Justeru, adakah logik BN, Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional (PN) terus ‘bersedekah’ kerusi kepada MCA dengan tujuan untuk kalah, soal Naib Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. 

Menyifatkan MCA gagal memenangi hati pengundi Cina di kawasan majoriti bukan Melayu, beliau mempertikai kenapa sekutu dalam BN masih ‘bermurah hati’ memberikan kerusi di kawasan yang berpotensi kalah kepada parti itu. 

“Setelah menang satu kerusi ketika PRU dan satu kerusi semasa PRK, MCA tidak pernah berterima kasih bahkan menuntut untuk bertanding di semua kerusi tradisi MCA di kawasan majoriti Melayu. 

“Walau hanya dua kerusi, MCA terus menuntut pengiktirafan UEC, tolak pengenalan jawi di SJKC, tolak pemerkasaan undang-undang Syariah (untuk muslim), terus perjuangkan pendidikan vernakular, dapat lagi jawatan GLC dan tuntut banyak lagi. 

“Adakah logik untuk BN, atau MN atau PN untuk terus bersedekah kepada MCA dengan tujuan untuk kalah?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, wujud pertikaian dalam BN apabila MCA berkeras mempertahankan kerusi Tanjung Malim – sama seperti Tanjung Piai – kononnya kawasan ‘tradisi’ parti itu, selepas UMNO menyuarakan hasrat meletakkan calonnya pada PRU15. 

Ketua MCA bahagian Tanjung Malim, Goh Choong Seng berkata, parti itu akan tetap mengemukakan calon meskipun peratusan pengundi Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain. 

Pada PRU14, MCA gagal mempertahankan Parlimen Tanjung Malim apabila calonnya Datuk Dr Mah Hang Soon tewas kepada calon PKR, Chang Lih Kang dengan majoriti 5,358 undi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button