Berita Utama

Najib sindir Tun M, suruh masuk DAP kalau nak jadi PM ke-9

Lantik Tun jadi presiden, Kit Siang kena ikhlas jika benar-benar sokong

BANGI, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Perang mulut antara dua bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak seperti tidak berkesudahan apabila keduanya berterusan menyerang antara satu sama lain di media sosial. 

Selepas mendedahkan satu demi satu kontrak yang diperoleh anak-anak Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, terbaharu Najib menyindir pula supaya Ahli Parlimen Langkawi itu menyertai parti tamak haloba, DAP bagi memenuhi cita-citanya. 

Najib secara sinis berkata, untuk menjadi Perdana Menteri ke-9, Dr Mahathir disarankan menyertai DAP dan dilantik menjadi presiden parti rasis dan cauvinis berkenaan sebagai ‘jalan’ untuk beliau menjadi Perdana Menteri ke-9. 

“Jalan terbaik untuk PM7 menjadi PM9s ialah masuk DAP dan dilantik presiden parti sebab DAP merupakan parti dengan kerusi Parlimen paling banyak dalam PH Plus. 

“Kit Siang perlu ikhlas jika dia benar-benar sokong PM7. 

“Mulakanlah langkah pertama dengan menjemput PM7 jadi ahli DAP,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan pengundurannya daripada PH+ selain tidak mahu berbincang dengan PKR selepas penolakan parti berkenaan terhadap cadangan gandingan Mahathir-Anwar.

Walaupun menolak rundingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, Dr Mahathir berkata, beliau akan mengekalkan hubungan kerjasama antara DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). 

Sehingga kini, PH+ juga gagal mendapat persepakatan dalam meletakkan calon Perdana Menteri mereka, selepas PKR kekal bertegas memilih Anwar sementara DAP dan PAN pula masih ‘bergantung tuah’ Dr Mahathir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button