Berita UtamaDunia

PBB desak Israel batal rancangan jahat ilhak wilayah Palestin

Diplomat harap lebih ramai anggota PBB tentang rancangan Zionis

GENEVA, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara tidak diiktiraf Israel membatalkan rancangan mengilhakkan sebahagian wilayah Tebing Barat yang diduduki, dengan menegaskan langkah itu akan menjadi ‘pelanggaran paling serius terhadap undang-undang antarabangsa’.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres membuat kenyataan itu menerusi laporan kepada Majlis Keselamatan, semalam, sehari sebelum 15 anggota PBB mengadakan pertemuan dua kali setahun mengenai konflik Israel-Palestin.

Dalam laporan itu, Guterres mengatakan pengilhakkan Israel akan menghancurkan harapan untuk rundingan baru dan penyelesaian dua negara.

“Ini akan menjadi malapetaka bagi rakyat Palestin, Israel,” katanya sambil menyifatkan rancangan itu mengancam ‘usaha untuk memajukan usaha damai.’

Komen Guterres muncul sehari selepas ribuan rakyat Palestin melakukan demonstrasi di Jericho terhadap rancangan jahat Israel, yang turut dihadiri puluhan diplomat asing.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan, pihaknya akan memulakan proses pengilhakkan wilayah Palestin bermula 1 Julai.

Mesyuarat Majlis Keselamatan yang akan diadakan melalui persidangan video, akan menjadi pertemuan antarabangsa besar membincangkan isu tersebut sebelum tarikh akhir 1 Julai.

Diplomat mengharapkan sebilangan besar anggota PBB sekali lagi menentang rancangan Israel pada hari ini.

“Kita mesti menghantar mesej yang jelas,” kata seorang utusan kepada pejabat berita AFP.

Beliau berkata bahawa tidak cukup sekadar hanya mengutuk dasar Israel, dan perlu ditingkatkan kemungkinan kes ini dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Selama beberapa dekad, Israel menikmati sokongan AS dua pihak yang memungkinkannya untuk mengabaikan kritikan antarabangsa dan banyak resolusi PBB mengenai pendudukannya di wilayah Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button