Berita Utama

Pembunuh Adib belum ditangkap, menyorok atau disorok?

Kes jadi rumit seolah ada campur tangan politik disebalik tabir

BANGI, 2 Zulkaedah 1441H, Rabu – Kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim belum mendapat keadilan, malah seolah-olah menjadi ‘permainan politik’ sesetengah pihak.

Walaupun sudah bertukar kerajaan, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan bahawa polis sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti dua atau lebih individu yang terbabit menimbulkan tanda tanya.

Menjadi persoalan kenapa siasatan terlalu lambat dan pembunuh Allahyarham Adib masih belum ditangkap.

Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat percaya kelewatan kes berkemungkinan atas faktor bimbang keselamatan dan ancaman sentimen perkauman bangsa serta agama.

“Kita bimbang juga suspek telah menyorok atau disorok serta dilindungi oleh pihak tertentu.

“Pendakwa raya dan hakim tak boleh buat kerja sehingga sehingga bukti telah diperolehi serta suspek telah ditangkap oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas kronologi kes Adib yang belum mendapat pembelaan, Ustaz Masridzi berkata, ia adalah kelemahan ketara bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan pihak polis yang masih gagal menangkap dan mendakwa penjenayah yang telah mereka lepaskan dahulu.

“Ini termasuk campur tangan politik daripada pemimpin yang berada disebalik tabir, menjadikan kes ini bertambah rumit untuk diselesaikan.

“Walaupun AG dah diganti namun IGP masih yang lama dan mungkin mereka bimbang jika kes ini berjaya dibicarakan sekali lagi, maka kelemahan sebelum ini dan mereka yang terlibat akan dibongkar serta boleh menimbulkan lagi kemarahan umat Melayu Islam,” katanya.

Beliau menegaskan, para peguam yang terlibat dalam isu ini mengharapkan suatu kebangkitan rakyat untuk mendesak pihak kerajaan supaya lebih serius.

“Selagi tiada kebangkitan rakyat dan desakan yang serius, usaha untuk selesaikan kes ini akan sentiasa dilambatkan, ditangguhkan dan lebih malang penjenayah yang membunuh arwah Adib telah bebas dan gembira.

“Kesan besar kepada maruah bangsa Melayu walaupun telah menjadi kerajaan adalah terlalu lemah, penakut dan gagal meletakkan nyawa orang Islam yang terkorban itu berharga tinggi, kerana penjenayah kafir yang membunuhnya terus berasa bebas, bangga dan mendabik diri,” katanya.

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib yang meninggal dunia selepas cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018, berharap kematian anaknya mendapat pembelaan.

Mohd Kassim mahu melihat pelaku yang membunuh anaknya ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close