Berita UtamaPendapat

Rakyat akan terus ‘pantau’ gerak-geri MCA, jangan rasa selesa

Sudah banyak 'terlondeh' isu ketelanjuran MCA yang makin angkuh

SAYA tidak pasti mengapa MCA masih lagi tidak belajar dari kesilapan DAP dulu dalam hal penggunaan bahasa Mandarin dan logo kementerian sewenang-wenangnya ini. Ataupun memang ini sesuatu yang disengajakan, memandangkan rakyat sedang terlalu selesa dengan kerajaan majoriti Melayu-Islam ini dan maka, MCA boleh berbuat sesuka hati sahaja?

Mereka mungkin sangkakan rakan-rakan politik mereka tidak akan menegur atau menganggapnya sebagai hal kecil sahaja. Malangnya, mereka silap. Jangan lupa, NGO-NGO Melayu Islam seperti ISMA dan rakan-rakan koalisi NGO-NGO dalam PEMBELA akan sentiasa berperanan menjadi ‘check and balance’ dan kami akan terus memerhati kamu.

Kamu ingat kamu sahaja ada gabungan NGO yang kuat seperti Hua Zong dan Dong Zong untuk mendesak segala agenda kamu?

Tidak dilupa juga, netizen-netizen kita yang semakin cakna akan penghakisan identiti negara dan kepincangan politik yang ada. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama yang mendukung kuat pada Perlembagaan. Alhamdulillah.

Minggu ini sahaja, telah banyak ‘terlondeh’ isu-isu ketelanjuran yang melibatkan MCA yang semakin angkuh. Mungkin Allah mahu tunjukkan kepada kita semua supaya kita menyedari hakikat sebenar mereka ini, lebih-lebih lagi pilihanraya sudah semakin hampir dan parti-parti politik sedang sibuk membahagikan kerusi. Saya harap segala perkembangan yang berlaku ini akan membuka mata pimpinan parti-parti politik Melayu juga supaya tidak mudah berkompromi.

Saya harap agar kita semua dapat terus cakna dan memerhati segala tindak-tanduk mereka ini dan berani bersuara. Mungkin dengan usaha kecil kita ini dapat menggerakkan hati pemimpin parti-parti politik Melayu untuk lebih tegas kerana kita tahu yang para ahli politik kita akan bertindak mengikut arus gelombang rakyat.

Kami akan terus memerhati dan terus menjadi ‘check and balance’ dalam isu-isu identiti negara. Insya-Allah.

Wallahu’alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
25 Jun 2020

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button