Berita Utama

COVID-19: Tiada kematian direkod dalam 11 hari berturut-turut

Empat kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 8,600

KUALA LUMPUR, 3 Zulkaedah 1441H, Khamis –  Kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan baik, dengan tiada kematian direkodkan selama 11 hari berturut-turut sejak 15 Jun.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kematian pandemik itu kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan 1.41 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

“Bagi kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pula masih kekal satu digit, iaitu empat kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,600 kes.

“Daripada kes baharu dilaporkan, tiga kes import mendapat jangkitan di luar negara, semuanya melibatkan warga Malaysia. Satu kes penularan di dalam negara juga merupakan warga tempatan, iaitu kes saringan ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dikesan dan sehingga kini, sebanyak dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes memerlukan bantuan pernafasan. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button