Berita Utama

ISMA lancar misi bantuan bawa pulang pelajar Malaysia di Mesir

Tiket penerbangan mahal lebih 2 kali ganda cecah RM4,000 sehala

BANGI, 3 Zulkaedah 1441H, Khamis – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melancarkan tabung bantuan untuk misi membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir.

Setiausaha Agungnya, Dr Ahmad Kamsani Samingan berkata, tabung ‘Aku Ingin Pulang: Misi Kasih Pelajar Mesir’ itu bagi menampung sebahagian kos tiket penerbangan pelajar yang tidak berkemampuan untuk pulang ke tanah air.

“Ramai pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir mengharapkan bantuan kewangan kerana tiket penerbangan mahal, lebih dua kali ganda daripada biasa dengan anggaran satu tiket sehala mencecah RM4,000 seorang.

“Sehubungan itu, ISMA dengan kerjasama Yayasan Maghfirah mengalu-alukan syarikat korporat, orang persendirian mahupun orang awam untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung pelajar kita di Mesir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Yayasan Maghfirah berkata, keadaan Mesir yang membimbangkan akibat pandemik COVID-19, di mana fasiliti kesihatan serta keselamatan yang sangat rendah mendedahkan pelajar Malaysia kepada risiko jangkitan.

Justeru, Yayasan Maghfirah menggesa orang ramai untuk membantu menghulurkan sumbangan bagi menjayakan misi membawa pulang pelajar Malaysia ke tanah air.

“Semoga dengan sumbangan semua nanti tercapailah hasrat mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga di kampung,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank Yayasan Maghfirah, Maybank (562263552802) atau CIMB (8603221427).

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Yayasan Maghfirah, 03-87401193 atau 013-2029871 (Encik Afiq), atau Facebook Yayasan Maghfirah serta Telegram t.me/yayasanmaghfirah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close