Berita UtamaDunia

Krisis ekonomi di Lubnan makin teruk, sebahagian rakyat jatuh miskin

Harga barang naik, puluhan ribu hilang sumber pendapatan

BEIRUT, 3 Zulkaedah 1441H, Khamis – Kejatuhan sektor ekonomi di Lubnan menyukarkan penduduk membeli keperluan asas termasuk makanan dan minuman.

Arab48.com melaporkan, nilai mata wang telah jatuh ke paras paling rendah, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Krisis kewangan berterusan di negara itu juga menjadikan harga barangan turut meningkat termasuk harga makanan dinaikkan sehingga 72 peratus.

Malah, puluhan ribu penduduk juga kehilangan sumber pendapatan.

Rakyat Lubnan yang berang dengan krisis ekonomi di negara itu telah mengadakan demonstrasi besar-besaran sejak Oktober tahun lalu, selain menyalahkan ahli politik kerana tidak mencari jalan keluar bagi mengatasi perkara itu.

Tambahan pula, penularan wabak COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan serta kadar inflasi turut meningkat.

Menurut Bank Dunia, sebahagian rakyat Lubnan kini hidup di bawah garis kemiskinan.

Badan bukan kerajaan dan sukarelawan pula mengatakan bahawa kebanyakan keluarga sukar untuk membeli bekalan air bersih untuk keperluan serumah.

Sementara itu, gaji yang dibayar Lira AS$700 sebelum ini telah diturunkan menjadi AS$200.-Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button