Berita UtamaDunia

Padah longgar sekatan, kes COVID-19 naik di Eropah

Jerman kuat kuasa semula perintah berkurung selepas jumpa kluster baharu

COPENHAGEN, 3 Zulkaedah 1441H, Khamis – Tindakan Eropah yang melonggarkan sekatan bagi mengekang penularan COVID-19 membawa padah apabila jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu semakin meningkat.

Pengarah Wilayah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Hans Kluge berkata, Eropah pada minggu lalu mencatatkan peningkatan kes untuk kali pertama dalam beberapa bulan.

“Berpuluh negara di Eropah melihat peningkatan virus maut ini, dengan 30 negara menunjukkan peningkatan kes kumulatif baharu dalam tempoh dua minggu lalu.

“Dalam kalangan 11 negara daripada 30 negara itu, penularan pantas menyebabkan lonjakan yang sangat ketara dan jika dibiarkan, akan mengancam Eropah sekali lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Kluge enggan mendedahkan nama negara terbabit mahupun perincian angka kes.

Jerman adalah antara negara teruk akibat wabak itu telah mula melonggarkan sekatan sekitar tujuh minggu lalu, manakala Portugal pula telah mengenakan sekatan baharu di sekitar ibu kota sejak kelmarin.

Selepas menemui kluster baharu di rumah sembelihan yang menjangkiti lebih 1,500 orang, Jerman pada Selasa telah menguatkuasakan semula perintah berkurung terhadap lebih 600,000 orang di dua negeri di barat.

Sementara itu, Kluge berkata, Eropah merekodkan penurunan jumlah kes sekitar 200,000 kes baharu harian termasuk lebih 700 kematian berbanding angka global pada awal tahun ini, ketika wabak itu menular teruk di Amerika Syarikat (AS). -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close