Berita Utama

Tiket ETS, KTM antarabandar untuk 1 hingga 14 Julai mula dijual

Tambahan 6 lagi ETS pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

KUALA LUMPUR, 3 Zulkaedah 1441H, Khamis – Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 hingga 14 Julai akan dibuka untuk jualan mulai esok.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di laman Twitter rasminya menyatakan jadual waktu sedia ada masih dikekalkan dengan tambahan enam lagi perkhidmatan ETS pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai Jumaat ini.

“Anda (pengguna) dinasihatkan membuat pembelian tiket menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket,” menurut kenyataan itu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang yang sama atau menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau e-mel ke [email protected] – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button