Dunia

Turki nafi alami gelombang kedua, masih terkesan fasa pertama

1,492 kes baharu, 24 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam

ANKARA, 3 Zulkaedah 1441H, Khamis – Turki menafikan sedang berdepan gelombang kedua penularan wabak COVID-19, sebaliknya negara itu masih menghadapi kesan fasa pertama, kata Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca. 

Setakat tempoh 24 jam, sebanyak 1,386 pesakit pulih daripada jangkitan menjadikan jumlah kesuluruhan 164,234 orang, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa semalam. 

“Penularan wabak tidak perlahan dan tiada bukti saintifik bahawa virus itu kurang potensi merebak. 

“Purata kes kematian yang berkaitan dengan coronavirus meningkat daripada 71 kepada 74,” kata Koca. 

Turki melaporkan 24 kematian baharu COVID-19 dalm tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 5,025 orang, menurut menteri itu. 

Beliau berkata, kakitangan kesihatan telah menjalankan 53,486 saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus  meningkatkan jumlah menjadi 3.08 juta. 

Jumlah kes COVID-19 di seluruh negara itu setakat ini mencecah 191,657 dengan 1,492 kes jangkitan baharu dilaporkan. 

Koca turut mengulangi penekanan mengenai pentingnya jarak sosial dan penggunaan topeng muka, selain penjagaan kesihatan sepanjang musim panas. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close