Berita UtamaDunia

107 mati dipanah petir di India

Angka kematian mungkin meningkat di kawasan pedalaman

DELHI, 4 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 107 orang maut akibat dipanah petir di India utara dan timur, ketika peringkat awal musim tengkujuh tahunan, kata pegawai. 

Kira-kira 83 orang terbunuh di bahagian timur Bihar selepas disambar petir, dan 24 lagi meninggal di Uttar Pradesh, manakala puluhan lagi cedera, kata pegawai.

Serangan kilat pada musim hujan bulan Jun sehingga September adalah kebiasaan di India.

Bagaimanapun, Menteri Pengurusan Bencana Bihar, Lakshmeshwar Rai berkata, jumlah kes panahan petir kali ini adalah jumlah kematian harian tertinggi yang pernah dicatatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Rai memberi amaran bahawa angka kematian mungkin meningkat lebih tinggi kerana pihaknya masih menunggu laporan korban dari kawasan pedalaman di negeri itu.

Sementara, Jabatan Meteorologi India memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda Bihar pada hari ini dan esok.

Lebih 2,300 orang terbunuh akibat dipanah petir di India pada tahun 2018 menurut Biro Rekod Jenayah Nasional.

Monsun sangat penting untuk menambah bekalan air di Asia Selatan, tetapi ia juga menyebabkan kematian dan kemusnahan meluas di rantau itu setiap tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close