Berita UtamaDunia

Ilhak wilayah Palestin: Al-Qassam bersumpah buat Israel menyesal

Bersedia tangani Zionis dan sekutu dengan cara paling tegas

GAZA, 4 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Briged Izzuddin Al-Qassam menegaskan rancangan Israel untuk ilhak (ambil alih secara paksa) kawasan Palestin sebagai ‘pengisytiharan perang’ akan membuat negara penjajah berkenaan ‘menyesal’ atas tindakan itu.

Jurucakapnya, Abu Ubaida dalam satu kenyataan memperingati serangan rentas sempadan Jun 2006 – di mana askar Israel, Gilad Shalit ditangkap – berkata, musuh sedang bersedia untuk mengumumkan projek rompakan awam terbesar selama beberapa dekad.

“Insya-Allah, Israel akan menyesal keputusan berdosa ini yang dikatakan mengilhak Tebing Barat dan Lembah Jordan.

“Kami di sini mengesahkan bahawa projek penentangan adalah untuk mengalahkan dan mengusir penjajahan dari setiap inci Palestin yang bersejarah.

“Mereka yang melakukan kejahatan akan menemui pengakhiran awal. Penentangan dalam perang ini akan menjadi penjaga yang jujur dan setia dalam mempertahankan Palestin, tanah dan kesucian mereka,” katanya.

Abu Ubaida turut menambah, dalam menghadapi keputusan jenayah dan penjajahan yang dicadangkan, pihaknya tidak akan menghabiskan banyak masa untuk bercakap, tetapi menangani musuh dan mereka yang menyokongnya dengan cara yang jelas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan, pihaknya akan memulakan proses pengilhakkan wilayah Palestin bermula 1 Julai.

Pengilhakan wilayah Palestin oleh negara haram Israel sebagai kuasa penceroboh adalah pencabulan terang-terangan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949 serta Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Resolusi 2334 (2016) Majlis Keselamatan PBB.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close