Berita Utama

MCA ada agenda cairkan identiti negara secara senyap

Dakwa silap letak, Hang Soon buang logo KPM selepas dikecam

BANGI, 4 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Tindakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon memberi ucapan dalam bahasa Mandarin – menggunakan logo Kementerian Pendidikan (KPM) – tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan tegas. 

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, meskipun beliau menyatakan tindakan itu sebagai satu kesilapan,  hakikatnya hanya helah politik setelah menerima kecaman teruk daripada rakyat. 

“MCA konsisten menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab oleh mereka yang tidak memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Lebih mendukacitakan lagi, timbalan menteri itu berada di posisi kementerian yang bertanggungjawab untuk memupuk nilai cintakan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. 

“Identiti negara ini harus dipertahankan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, terutama berkaitan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, Hang Soong yang juga Timbalan Presiden MCA menerusi akaun Facebook memuat naik poster dengan logo KPM, memberi ucapan Selamat Menyambut Perayaan Perahu Naga dalam bahasa Cina.

Menurut terjemahan, Hang Soon berkata, “Mari kita meraikan semangat patriotik Qu Yuan dengan menyambut festival Perahu Naga untuk meneruskan intipati budaya Cina.”

Sebagai respon kepada reaksi netizen yang mengecamnya, beliau bertindak membuang logo KPM itu dan menyatakan bahawa ia adalah satu kesilapan.

Beliau mengaku silap tersilap letak logo, namun mendakwa ada pihak bermain politik yang kononnya isu berkenaan ‘digereng’ untuk menimbulkan isu perkauman.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button