Berita Utama

RON97 dan RON95 naik 10 sen

Diesel pula naik 9 sen bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai

KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik 10 sen manakala diesel pula naik sembilan sen bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.99, RON95 (RM1.69)  dan diesel RM1.86.

Kenaikan ini dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button