Berita UtamaDunia

Di mana PBB? Kenakan tindakan diplomatik terhadap Israel: Hamas

Tahanan Palestin di Israel kini diseksa secara fizikal serta lisan

GAZA, 5 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Kumpulan pejuang Palestin, Hamas meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menekan Israel supaya menghentikan penyeksaan terhadap tahanan Palestin, lapor Anadolu Agency.

Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap kumpulan berkenaan, Abdul Latif al-Qanoua.

“Penyeksaan berterusan terhadap tahanan perang oleh Israel memerlukan tindakan diplomatik untuk membawa pelakunya ke mahkamah antarabangsa,” kata Abdul Latif.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Tahanan Palestin (PPS), 95 peratus tahanan Palestin yang kini berada di penjara Israel mengalami penyeksaan.

“Pihak berkuasa Israel juga bertindak kejam dengan mencegah peredaran darah sampai ke tangan mereka, menutup kepala mereka dengan beg kotor, serta terus-menerus memukul, menampar, menendang, mendera secara lisan dan menghamburkan kata-kata hinaan dengan sengaja,” kata kenyataan itu.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa Israel juga mengancam para tahanan dengan penangkapan, melakukan penderaan seksual dan membunuh anggota keluarga mereka, selain merobohkan kediaman mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button