Berita Utama

Kamu rasis Hang Soon! Cabar bahasa kebangsaan

Tindakan pemimpin MCA itu juga disifatkan sebagai sombong, memalukan

BANGI, 5 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Kegagalan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Man Hang Soon memohon maaf atas kesalahan yang beliau sendiri telah diakui adalah suatu perbuatan sombong.

Lebih memeritkan apabila beliau berucap menggunakan bahasa Mandarin dengan menggunakan logo rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tanpa rasa bersalah seolah-olah cuba mencabar kedudukan bahasa Melayu.

Malah, Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari menyifatkan, tindakan sedemikian sebagai rasis dan tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, Hang Song sewajarnya menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan yang boleh memalukan diri sendiri. 

“PEMBELA menegaskan kepada mana-mana menteri atau timbalan supaya menjaga disiplin dan kenegaraan. 

“Kalau menteri pun tak jaga jati diri, bagaimana negara nak teguh?,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Hang Soong yang juga Timbalan Presiden MCA menerusi akaun Facebook memuat naik poster dengan logo KPM, memberi ucapan Selamat Menyambut Perayaan Perahu Naga dalam bahasa Cina.

Menurut terjemahan, Hang Soon berkata: “Mari kita meraikan semangat patriotik Qu Yuan dengan menyambut festival Perahu Naga untuk meneruskan intipati budaya Cina.”

Sebagai respon kepada reaksi netizen yang mengecamnya, beliau bertindak membuang logo KPM itu dan menyatakan bahawa ia adalah satu kesilapan.

Bagaimanapun, tiada permohonan maaf dibuat oleh Hang Soon akibat kesilapan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button