Berita Utama

Terus amalkan SOP selagi ada COVID-19: PM

Alhamdulillah, kita boleh rasa bangga tetapi ianya belum selesai

TANGKAK, 5 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan masyarakat supaya terus mengamal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan selagi penularan wabak COVID-19 dalam negara belum selesai dan vaksin untuknya masih belum ditemukan.

“Pendekatan dan strategi yang kita ambil itu (dalam mengatasi penularan COVID-19). Alhamdulillah, kita boleh rasa bangga kerana kita sudah hampir iaitu ke satu keadaan yang boleh dikatakan hampir seperti sedia kala.

“Tetapi belum selesai lagi. Kita (kerajaan) ingatkan bahawa isu COVID-19 mungkin tidak dapat selesai selagi kita belum menemukan vaksin dan ubat,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad serta beberapa barisan Exco kerajaan negeri.

Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, berkata beberapa negara termasuk China dan Amerika Syarikat masih bertungkus lumus mencari vaksin dan ubat yang mujarab bagi COVID-19, yang jumlah jangkitan global kini mencatat lebih sembilan juta orang dan mengorbankan lebih 400,000 nyawa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button