Berita UtamaDunia

VIDEO ] Amaran Al-Qassam buat Zionis berang letupkan Gaza

Guna kereta kebal musnahkan infrastruktur bawah tanah Hamas

GAZA, 5 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Pesawat perang rejim pengganas Israel pada Jumaat bertindak membedil kawasan pertanian di Semenanjung Gaza, menurut agensi Anadolu.

Serangan berkenaan dilakukan kononnya sebagai tindak balas ke atas dua roket dilancarkan di wilayah diduduki Israel, iaitu berhampiran bandar Sderot.

Malah, rejim Zionis turut melakukan serangan darat apabila menggunakan kereta kebal di kawasan yang disasarkan, termasuk infrastruktur bawah tanah milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Jurucakap Hamas berkata, serangan dilakukan setelah Briged Izzuddin Al-Qassam pada Khamis memberi amaran rancangan rejim Israel untuk menakluk sebahagian daripada Tebing Barat sebagai perisytiharan perang terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, tiada sebarang korban jiwa berlaku mahupun kerosakan harta benda akibat dalam serangan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button