Berita Utama

KPM nafi keputusan SPM 2022 diumum 25 Mei ini

Kenyataan rasmi hanya melalui portal, media sosial rasmi

BANGI, 26 Syawal 1444H, Rabu – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang tular, baru-baru ini.

KPM dalam hantaran di Facebook menafikan kenyataan palsu yang ditularkan, kononnya mendakwa keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei ini.

“KPM tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang ditularkan.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi KPM. Semak berita palsu, tidak pasti jangan kongsi,” kata KPM.

Kenyataan palsu itu mendakwa, KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia bersepakat mengumumkan keputusan pada tarikh itu atas faktor penandaan telah selesai lebih awal daripada yang dijadualkan.

Susulan itu, kenyataan palsu terbabit meminta ibu bapa atau pelajar menyemak keputusan secara terus di sekolah serta melalui pautan http/semakan.com/kpm:/ atau SMS ke talian 15888, tepat jam 10 pagi hingga 10 malam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button