Berita Utama

Ramasamy cetus kontroversi, pertahan kuil-kuil haram dibina tanpa permit

Semua 'naik kepala' bila pemimpin Melayu terlalu apologetik

BANGI, 5 Zulkaedah 1441H, Ahad – Pemimpin parti tamak haloba DAP, P Ramasamy seolah-olah tidak sedar diri apabila mengumpulkan pemimpin politik dan media bagi mendapatkan sokongan untuk mempertahan beberapa kuil yang akan diruntuh kerana dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, tindakan melampau pemimpin DAP disebabkan sikap pemimpin Melayu yang terlalu bersikap apologetik.

“Semua orang naik kepala kerana kerajaan terutamanya pemimpin politik Melayu terlalu apologetik dan tunduk dengan permainan politik mereka.

“Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia keturunan India berjumlah 2.01 juta atau 7 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia? Tahukah anda bahawa kuil Hindu adalah rumah ibadat yang paling banyak di Malaysia, jauh melebihi jumlah masjid di seluruh negara?

“Tahukah anda bahawa ribuan atau puluhan ribu kuil ini dibina tanpa kebenaran mana-mana majlis daerah, majlis perbandaran dan majlis bandaraya?

“Tahukah anda bahawa mereka akan bergabung dan menggunakan saluran politik seperti DAP, MIC dan apa jua persatuan bagi mempertahankan kuil yang dibina secara haram?,” soalnya.

Terdahulu, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, mendesak kerajaan negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) untuk menghentikan perobohan kuil dan peka terhadap isu-isu sensitiviti agama.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap perobohan sebuah kuil Hindu berusia 100 tahun terletak di hadapan pintu masuk stesen keretapi Alor Setar di Kedah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close