Berita Utama

Shafie calon PM, penyakit ‘kuat kencing’ Tun M makin kronik

Shafie tak selesai lagi kes mahkamah, sudahnya nanti Mukhriz calon PM

BANGI, 5 Zulkaedah 1441H, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi calon Perdana Menteri.

Terbaharu, Ahli Parlimen Langkawi itu menamakan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.

Tindakan itu dibuat selepas beliau ditolak oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PKR sebulat suara membuat keputusan untuk kekal dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Anwar, yang juga Presidennya sebagai Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, cadangan memilih Shafie tidak semestinya mendapat sokongan penuh daripada semua parti dan pemimpin dalam gabungan PH terutamanya Anwar.

“Penyakit kuat kencing Tun M rupanya makin kronik. Dia tetap mahu menubuhkan kerajaan SD (akuan bersumpah).

“Kalau Shafie tak sokong Anwar, bungol sangatkah Anwar sokong Shafie jadi PM?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir pada semalam mendedahkan bahawa cadangan menamakan Shafie sebagai Perdana Menteri turut dipersetujui beberapa pemimpin kanan PH lain.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Selain itu, beliau berkata, mereka turut bersetuju menamakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan anak beliau Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

Mengulas lanjut, Puad turut mempersoalkan sekiranya Shafie layak memegang jawatan Perdana Menteri, berikutan beliau masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

“Shafie pun terpalit dengan tuduhan rasuah RM1.5 bilion. Tetapi Tommy Thomas (bekas Peguam Negara) selamatkan Shafie.

“Dia kata bukti tak cukup kuat. Mudah kerja AG masa tu. Menteri Peter Anthony telah pun didakwa semula. Peguam Negara mesti semak segera kes Shafie.

“Kesudahannya nanti, Mukhriz calon PM. Ini yang Tun mahu runding dengan Muhyiddin agaknya kerana jawatan TPM masih kosong? Kena kencing lagi,” katanya sinis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close