Berita Utama

Apa motif Charles Santiago bangkit isu lindungi pelarian Rohingya?

Tidak adil bebani Malaysia, ketika Myanmar tak ambil tanggungjawab

BANGI, 7 Zulkaedah 1441H, Isnin – Selaku Ketua Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia, Charles Santiago sewajarnya, membangkitkan isu kewarganegaraan etnik Islam Rohingya yang kini menjadi krisis antarabangsa.

Timbalan Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, bukannya mengetengahkan isu perlindungan kepada pelarian berkenaan yang terdampar di serata kawasan perairan ASEAN.

“Adalah tidak adil untuk membebankan Malaysia atau Indonesia menyelamatkan pelarian Rohingya, tetapi di masa yang sama dunia tidak memaksa Myanmar dan negara berkepentingan untuk memberikan hak warganegara kepada etnik Rohingya di negara mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Charles menyifatkan bahawa cara ASEAN menangani isu pelarian Rohingya yang terdampar di lautan sebagai memalukan, di kala seluruh dunia berdepan dengan COVID-19.

Charles berkata, ASEAN membincangkan mengenai masyarakat penyayang dan perkongsian tetapi dalam isu Rohingya tindakan yang diambil amat mengecewakan.

“Tetapi, dalam isu Rohingya, kami tidak memiliki belas kasihan untuk membawa mereka keluar dari kapal dan memberikan sokongan yang mereka perlukan,” katanya ketika pemimpin negara-negara anggota ASEAN mengadakan pertemuan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 melalui persidangan video.

Dalam persidangan itu, mereka turut membincangkan isu-isu serantau termasuk nasib pelarian Rohingya terdampar di laut, yang mendapat penolakan meluas daripada negara-negara berhampiran berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

Mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Muhammad Fauzi berkata, pelarian Rohingya adalah isu yang membabitkan kepentingan beberapa negara termasuk negara asal mereka sendiri, iaitu Myanmar serta negara tanah besar China.

Beliau berkata, negara-negara ASEAN secara keseluruhan perlu memainkan peranan dalam menangani isu berkenaan.

“Bahkan, campur tangan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sendiri diperlukan untuk menyelesaikan isu

“Isu tersebut bukan setakat memastikan pelarian Rohingya selamat, tetapi yang lebih asas adalah hak kewarganegaraan yang dinafikan oleh kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

“Di masa sama, etnik Rohingya dinasihatkan agar berusaha sekuat mungkin untuk mendapatkan hak kewarganegaraan tersebut. Juga dinasihatkan agar mengikuti lunas undang-undang di mana-mana negara yang memberikan mereka perlindungan agar sokongan dari masyarakat dunia berterusan kepada mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close