Berita Utama

4,000 sertai Khatam Quran Perdana anjuran Wanita ISMA

Kitab suci umat Islam bukan saja perlu dibaca, tapi perlu difahami

BANGI, 28 Ramadan 1444H, Khamis – Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menekankan kepentingan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan dan ia adalah permulaan bagi segala ilmu.

Ketua Wanita ISMA, Shazamawati Zam Hashari berkata, meskipun terdapat banyak pertandingan musabaqah al-Quran di seluruh negara, maksiat masih kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Maksiat tetap kian berleluasa, masalah sosial kian meningkat dari masa ke semasa.

“Masyarakat terus rosak. Kenapa ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan kerana jauhnya kita daripada al-Quran.

“Al-Quran tidak difahami dengan sebaiknya, al-Quran tidak dijadikan panduan utama dalam kita menyusun kehidupan,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran di dalam al-Quran pasti akan mencapai kemajuan kerana kemunduran bukan ciri-ciri Islam.

“Ketahuilah permulaan kepada segala ilmu itu adalah daripada al-Quran.

“Kemunduran umat Islam hari ini adalah kerana mereka tidak menjadikan al-Quran sebagai pegangan mereka,” katanya.

Biro Wanita ISMA menganjurkan Majlis Khatam Quran Perdana baru-baru ini di cawangan ISMA seluruh negara serta dihadiri lebih 4000 wanita di seluruh Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button