Berita Utama

Jata negara: Kerajaan tak boleh lagi ‘simpan kuku’, nanti naik lemak

Bertindak tegas sebelum kejahatan tenggelamkan identiti Malaysia

BANGI, 6 Zulkaedah 1441H, Isnin – Insiden melibatkan kebiadaban pihak tertentu yang berlaku secara berulang-kali tidak lagi boleh diambil ringan.

Perbuatan berkenaan juga tidak boleh dipandang sebagai terpencil kerana melibatkan maruah serta kepentingan negara, tegas Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Zainur Rashid Zainuddin.

Sehubungan itu, beliau menggesa, individu atau pihak yang terbabit dalam isu penghinaan jata negara disiasat pihak berkuasa, didakwa kemudian dihumban ke dalam penjara.

Tegas beliau, kegagalan pihak berkuasa berbuat demikian akan menyebabkan golongan yang biadab naik lemak dan berani pijak kepala.

“Kerajaan mesti berani dan bertindak dengan tegas sebelum siri kejahatan ini menenggelamkan identiti sebenar Malaysia sebagai sebuah negara Islam, kedaulatan raja-raja, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penghinaan terhadap lambang dan identiti negara sekali lagi ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Terbaharu tular mengenai sebuah buku bertajuk ‘Rebirth Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia’ kerana mempermainkan dan seolah-olah menghina jata negara pada kulit depan buku berkenaan.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu memaparkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai muka hadapan.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan isu bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik, bintang pada Jalur Gemilang diubah menjadi lima bucu termasuk lagu Negaraku digubah ke dalam bahasa Cina.

Bahkan terdapat juga insiden mengugat kedaulatan negara apabila seorang hartawan menghina anggota tentera; kes menghina Agong; isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng; serta perhimpunan dipercayai dihadiri bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM).

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close